Job Seeker

Assalamualaikum and hai semua...

Topik hari ni adalah Job seeker sesuai dengan keadaan saya sekarang yang sedang mencari pekerjaan. Ye la kan, dah habis belajar nak buat apa lagi.. cari kerja la kan. Tapi untuk pengetahuan semua adik-adik yang masih belajar... nak dapat kerja ni bukan senang tau kerana setiap orang mempunyai rezeki masing-masing.

Tipu la kalau tak ada rasa cemburu dengan kawan-kawan yang sudah bekerja, tapi disebabkan keadaan saya sekarang ni, saya tak ada masalah untuk menganggur buat sementara waktu ni. Biar sehebat mana pun result akademik yang telah dicapai kalau dah namanya belum rezeki, beginilah nasibnya kan.

Source: http://digitallearning.eletsonline.com/2016/10/7-million-jobs-can-disappear-by-2050-study/

Apa yang saya boleh lihat la kan, kebanyakkan kawan-kawan saya yang dh bekerja diorang mempunyai pemulaan yang baik. Bermula dari internship, diorang dapat menimba pengalaman di syarikat besar dan berpeluang untuk diserap. Tambahan pula, di Kuala Lumpur dan Selangor peluang pekerjaan bagi bidang saya terbuka luas.

Manakala saya terpaksa menjalani internship di kampung halaman iaitu Terengganu. Disebabkan parent saya pergi mengerjakan Haji, sebagai anak sulung mestila tanggungjawab menjaga adik2 tu terletak atas bahu saya kan... Selepas tamat intership, mak saya arahkan saya untuk mengerjakan Umrah pertama. So, saya tangguhkan dulu untuk mencari pekerjaan.

Eventhough, ada sedikit rasa terkilan kerana belum ada peluang untuk mecari rezeki sendiri akan tetapi ada kebaikannya juga. Saya berpeluang untuk membantu parent saya, mengurus persekolahan adik-adik saya. Kesimpulannya, saya berdoa agar semua ini ada hikmah yang lagi besar disebalik apa yang berlaku.

Comments